Solat Berjemaah di Musolla

13 October 2017 || Jumaat

Bismillah
Assalamualaikum..

Salam Jumaat Penghulu Segala Hari...
Semoga di hari yang mulia ini, Allah ampuni segala dosa-dosa kita.. dan memberi keberkatan kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat.

BTW,

Up until today.. aku tak ada kesempatan lagi nak solat atau nak singgah ke masjid yang ada dekat sini.. and actually aku ada story pasal solat, kemudahan solat dekat sini... since it is different dengan malaysia.

.....

First we talk about the kemudahan solat...

At malls, mereka ada sediakan tempat solat(Musolla).. 
huhu tak ada pulak nak ambil gambar.. sebab dalam surau tu ramai orang..
TAPI surau nya campur laki perempuan, tak ada penghadang..
If di Malaysia kan.. at least ada penghadang.
But it is fine to me, I can adapt with it.. siap siap tutup aurat di tempat ambil wuduk atau di tandas.

Tempat ambil wuduk pula, 
Aritu aku pergi ke Pantai Ocarina.. 
Dia ada tempat nak solat.. very open! haha dia macam gazebo ada sediakan telekung dan sejadah (bersyukur dah aku dekat area pantai ni ada sediakan tempat solat walaupun terbuka macam tu and also mix laki perempuan).
Cuma, aku kurang selesa dengan tempat wuduk dia, actually Sangat Tak Selesa... sebab memang terbuka macam untuk kaum lelaki je yang boleh ambil wuduk dekat situ... as for the kaum perempuan aku suggest ambil lah wuduk dekat dalam bilik air, walaupun bilik air dia tu creepy but at least you still can protect your aurat.
Okay.. itu Ocarina.
Dekat Nagoya Hill Mall..
Tempat solat laki perepuan berasingan, tempat ambil wuduk pun berasingan.. cuma tempat ambil wuduk nya tu luar dari ruangan solat, harus melintasi lalu lalang orang.. and then pintu ruangan wuduk tu hanya berlapikkan tirai.. pada aku kurang selesa juga sih.. yela, buatnya kalau tetiba angin tipu ke, orang gatal-gatal selak tirai tu ke hmm walau macam manapun tanggungjawab tetap harus dilaksanakan..

Dekat sini biasanya aku tak selesa dengan tempat ambil wuduk je la, kalau lelaki mudah je haha, but it's okay.. kita cuba sehabis baik untuk protect our aurat ye :)

Hari-hari tempat yang aku pergi is musolla UIB. Haha kalau ada kelas jam 6 petang, dan azan maghrib pun lebih kurang jam 6 macam tu, Muslims akan mita izin untuk ke Musolla dulu.. And Musolla di UIB pun campur dan tak ada penghadang.. tempat wuduk disediakan di dalam area tandas.. and tandas tu bersebelahan dengan Musolla tu je..

Pada awalnya tak biasa dengan keadaan macam ni,

Haha teringat masa first time solat dekat UIB dekat Gedung B, aku solat dekat saf depan sekali haha sebab kosong kan and saf belakang dah penuh.. and pelik jugak kenapa perempuan yang lain semua solat dekat belakang ni? haha.. and kebetulan jugak memang tak ada lelaki yang nak solat waktu tu... dan okayy let it gooo je..

Next day, aku solat dekat Gedung A pula, this time solat dekat saf belakang sekali sebab dah dekat dengan area telekung and sambil-sambil nak prepare solat terkejut bila tetiba ada kaum lelaki masuk musolla tu. Haha nasib baik tau aku tak solat dekat saf paling depan tu hahaha XD Maunyaa laki tu tergelak tengok perempuan solat dekat saf lelaki. Hahaha Allahuakbar. Tetiba rasa nak gelak. And malu juga lah macam tak biasa pulak musolla campur perempuan lelaki.


.....


Second, we talk about musolla dan berjemaah...

Up until today, aku bersyukur sangat tengok Muslims dekat sini.. aku amik contoh dekat Musolla UIB la.. deorang selalu nya memang akan solat berjemaah. Jarang lah nak nampak orang solat sorang-sorang.. Kalau ada yang sorang-sorang pun.. mesti dia tunggu dulu orang lain.. nak solat berjemaah. Ataupun dia dah solat lepastu ada orang lain datang kemudian, terus start berjemaah.. And if saf dah full.. orang2 lain yang nak solat tu akan tunggu sampai jemaah tu habis solat, and then nanti deorang akan solat dengan jemaah lain pula. Mesti berjemaah.

Dan bagusnya bila gabung musolla lelaki perempuan, perempuan dapat ikut berjemaah sekali.

Even dekat musolla public pun deorang akan solat berjemaah.. Yes, I believe in Malaysia pun macam ni.. cuma tak ada la pulak musolla campur lelaki perempuan hehe.

One more thing that I am impressed, kat sini tak ada istilah tolak-tolak siapa jadi imam, siapa nak iqomat.. haha tak ada. Dengan rela nya salah sorang akan berdiri dekat bahagian imam. Haha dekat sini rata-rata umur belasan tahun macam 17,18,19 tahun.. so aku macam bayangkan budak2 sekolah.. tapi dekat sini.. umur macam tu tengah sambung pelajaran peringkat ijazah. Muda kan.. haha.



Comments

Popular Posts